NEW YORK: Gergasi peralatan telekomunikasi China, Huawei, didapati bersalah oleh juri mahkamah di New York pada 24 November atas 10 daripada 12 pertuduhan jenayah, termasuk menipu bank mengenai urusan perniagaannya di Iran dan berpakat mencuri rahsia perdagangan syarikat Amerika Syarikat.
Keputusan itu menandakan perkembangan penting dalam kes jenayah yang bermula pada 2018, sekali gus mencerminkan ketegangan berpanjangan antara Washington dengan...
NEW YORK: Sehari selepas kembali menerajui Nvidia, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Jensen Huang, memohon maaf kepada seluruh kakitangan syarikat gergasi pengeluar cip itu kerana melanggar tataetika syarikat, namun menafikan pelantikan semulanya adalah hasil tekanan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.
Dalam pertemuan selama sejam dengan kakitangan pada 24 November, Encik Huang mengakui kesilapannya sebelum mempertahankan gaya kepimpinan dan struktur...
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenang Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri A. Samad Said, sebagai sahabat setia, apabila tidak pernah putus mengirimkan karyanya sepanjang tempoh Datuk Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Datuk Anwar menyifatkan pemergian Allahyarham yang mesra disapanya sebagai Pak Samad tiada tolok gantinya sebagai tokoh sastera dan pejuang bahasa, yang sentiasa berkongsi kecintaannya...
Malaysia kehilangan tokoh Sasterawan Negara keempat, Datuk Seri A. Samad Said, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 6.10 petang, 24 November.
Berita pemergian Allahyarham yang juga seorang penyair ke rahmatullah itu disahkan oleh anak keduanya, Encik Helmy Abdul Samad, menerusi perkongsian di media sosial.
“ ‘6.10. Innalillahi wainnailaihi rojiun’,” tulis Encik Helmi...
Sehingga 10 pelajar Melayu/Islam berpeluang menerima biasiswa bernilai $1,500 setiap satu, hasil kerjasama selama tiga tahun antara Yayasan Mendaki dengan Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS High).
Dalam satu kenyataan oleh Mendaki pada 24 November, biasiswa bagi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) turut menyediakan peluang bimbingan serta penglibatan bakat pelajar Melayu/Islam.
Setiap biasiswa boleh diperbaharui untuk...





