POKOK yang tumbang di Braddell Road dekat simpang Bishan Road menyusuli hujan malam tadi (14 Disember) menyebabkan gangguan kepada tiga daripada empat lorong jalan raya.
Khidmat bas 13, 56, 57, 59, 88, 93, 157 dan 163 turut terganggu di Braddell Road akibat pokok tumbang itu, menurut pengendali bas SBS Transit menerusi Twitter.





