WARGA Singapura berpendapatan rendah akan mendapat lebih bantuan untuk menangani kos perbelanjaan harian mereka.
Selain Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), baucar pengangkutan awam serta Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) tahunan, mereka juga akan mendapat baucar barangan dapur berjumlah $100 setahun bagi tahun ini dan tahun depan.





