PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertanggungjawab ke atas semua kementerian dan jabatan kerajaan sehingga perlantikan menteri kabinet, menurut warta terkini Kerajaan Persekutuan.
Warta yang ditandatangani pada Selasa (4 Mac) oleh Ketua Setiausaha kepada Kerajaan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, juga menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, telah melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.





