Dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dan pengetahuan tentang agama, umat Islam harus terus mendapatkan nasihat daripada Mufti dan asatizah bertauliah, dan tidak bergantung semata-mata kepada kecerdasan buatan (AI) dan teknologi, kata Penasihat AI Singapura, Profesor Yaacob Ibrahim.
Berkongsi keprihatinannya dengan Berita Harian (BH) mengenai penggunaan beretika AI dan teknologi pada zaman kini, Dr Yaacob berkata bahawa bergantung semata-mata pada platform...





