SAN SALVADOR: Ribut Amanda yang melanda El Salvador telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 maut, manakala tujuh lagi disahkan masih hilang, semalam.
Pekerja keselamatan setakat ini masih berusaha mengesan mangsa yang mungkin hilang dalam banjir, akibat hujan lebat dan angin kencang, kata Menteri Dalam Negeri El Salvador, Encik Mario Duran.





