POLIS telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 30 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut.
Polis dalam kenyataannya menyatakan, ia menerima laporan sekitar jam 6.50 petang pada 31 Mei lalu dari seorang lelaki, yang merupakan mangsa kes, memaklumkan bahawa seorang kenalan dalam talian telah mengancam untuk mendedahkan maklumat sulit berkaitan mangsa sekiranya beliau tidak memindahkan wang...





