POLIS hari ini memberi amaran kepada mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan yang membolehkan mereka bekerja dari rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, agar berhati-hati agar tidak terjebak dalam sindiket penipuan.
Dalam kenyataannya, polis berkata mereka yang kini sedang mencari pekerjaan secara dalam talian secara tidak sedar mungkin digunakan sebagai 'keldai wang' untuk mengalihkan wang yang terhasil dari aktiviti...




