PERSATUAN Rakyat (PA) bakal menyaksikan peralihan kepimpinan apabila Encik Lim Hock Yu, yang kini merupakan Timbalan Ketua Eksekutif dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CED) yang baru pada 15 Jun ini.
Beliau mengambil alih tugas dari Encik Desmond Tan Kok Ming, yang akan meninggalkan Perkhidmatan Awam Singapura pada hari yang sama, menurut kenyataan PA hari ini.





