LEBIH banyak kes keganasan atau penderaan keluarga melibatkan pasangan transnasional dilaporkan kepada Aware sejak Januari tahun ini dengan peguam melihat peningkatan sebanyak 40 peratus, lapor akhbar The New Paper hari ini.
Tidak mahu anaknya terdedah kepada persekitaran yang kasar dan tidak sihat, warga China, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Lifen, berusaha mencari jalan keluar dari perkahwinannya yang kian punah.





