MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan pembentukan sebuah dana baru dengan peruntukan $1.6 juta bagi membantu meringankan beban kewangan isi rumah yang terjejas susulan ketidaktentuan ekonomi berpunca daripada wabak koronavirus Covid-19.
Dalam kenyataannya semalam, Muis berkata Dana Sokongan Covid-19 Muis (CMSF) itu akan membantu sekitar 4,000 isi rumah dengan mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sekali berjumlah $400.





