PERKHIDMATAN perkongsian kereta elektrik, BlueSG, semalam mengumumkan bahawa ia telah mencapai penyewaan yang ke-1 juta sejak melancarkan program perkongsian kereta pada 2017.
Diperkenalkan sebagai sebahagian program perintis perkongsian kenderaan elektrik peringkat nasional Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), BlueSG kini mempunyai lebih daripada 80,000 pelanggan.





