CITA-CITA Encik Muhammad Nur Hakim Rosli adalah untuk menjadi seorang jurutera, namun tidak sekadar berpuas hati dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan bio dalam genggaman, beliau kini sedang memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrikal.
Anak muda berusia 25 tahun itu kini dalam tahun pertama pengajian PhD dan ditugaskan ke Konsortium Imej Bio Singapura (SBIC) Agensi...





