LONDON: Liga Perdana England (EPL) menaruh keyakinan bahawa aksi bola sepak liga utama itu akan dilanjutkan semula pada Jun ini, kata ketua eksekutifnya Richard Masters dalam laporan BBC semalam (23 Mei).
Liga tersebut telah ditangguhkan sejak 13 Mac lalu di tengah-tengah krisis Covid-19 dan 12 Jun telah dikenal pasti sebagai tarikh di mana ia mungkin dimulakan semula.





