SERAMAI 21 penumpang bas yang dipercayai pekerja asing telah dikejarkan ke hospital pagi semalam selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Pulau Jurong.
Polis mengatakan semua mangsa itu dalam keadaan sedar ketika dibawa ke tiga hospital berlainan.





