LELAKI warga Singapura berusia 83 tahun, yang disahkan positif Covid-19 di atas kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat Royal Caribbean, telah dibawa ke hospital untuk ujian lanjut. Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu (9 Dis), pengarah Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Annie Chang, berkata penjejakan kontak sedang dijalankan dan sebagai sebahagian daripada protokol kawalan jangkitan sedia ada,...





