LANGKAH menaikkan jumlah gaji minimum bagi karyawan dari negara asing untuk layak bekerja di sini adalah langkah tepat, yang akan mendorong firma menggandakan usaha menggajikan pekerja setempat. Ia juga adalah petanda jelas mengenai hasrat pemerintah meletakkan penanda aras yang lebih tinggi bagi menggalak pengambilan pekerja secara lebih saksama.
Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, Khamis lalu mengumumkan gaji kelayakan minimum...





