JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengumumkan pada Rabu (16 Disember) beliau adalah penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia dan vaksinasi itu akan diberi percuma kepada semua warga Indonesia.
"Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa saya adalah yang pertama yang akan menerima suntikan vaksin ini. Ini adalah bagi membangun keyakinan dan kejelasan dalam kalangan orang awam bahawa vaksin ini selamat," katanya...





