SEMPENA Aidiladha 31 Julai lalu, Jamiyah Singapura menumbangkan 1,036 lembu dan kambing di Australia.
Hasilnya, mereka meraih daging korban 8,750 kilogram yang kemudian diterbangkan ke sini Ogos lalu.
Daging itu disejukbekukan lalu disimpan dalam Bank Makanan Jamiyah di Tannery Lane, MacPherson, sebelum diedarkan menerusi tujuh acara pengagihan.
Sejak Ogos hingga pengagihan ketujuh dan juga terakhir Jamiyah semalam, mereka sudah berkongsi...




