APLIKASI navigasi Waze akan menutup pejabat penjualan di Singapura dan memberhentikan sekitar 5 peratus tenaga kerja globalnya, sedang pandemik Covid-19 mengakibatkan jumlah kenderaan yang berkurangan di jalan raya di banyak negara.
Dalam nota kepada kakitangan, ketua pegawai eksekutif Noam Bardin berkata pengguna Waze di banyak bandar dan negara kurang memandu atau berhenti memandu sepenuhnya sedang pandemik itu berlanjutan.





