BILANGAN individu yang ditangkap bagi kesalahan memandu semasa mabuk telah meningkat sejak Fasa Dua pembukaan semula ekonomi bermula di sini, daripada 118 kes pada Julai kepada 150 kes September lalu,
Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim di pelancaran kempen cegah memandu semasa mabuk yang diadakan secara maya pada Rabu (23 Dis).





