SERAMAI 24 lelaki berusia antara 20 dengan 48 tahun yang disyaki anggota kongsi gelap telah diberkas dalam satu operasi yang dijalankan pihak polis beberapa hari sebelum sambutan Krismas.
Dalam kenyataannya, polis berkata semua suspek diberkas antara Isnin dengan Khamis lalu semasa pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Divisyen Polis Tengah, Divisyen Polis Tanglin dan Divisyen Polis Jurong melancarkan operasi penguatkuasaan...





