SOALAN (S): Betapa mudahnya orang boleh dipengaruhi dengan ideologi ekstremis menerusi media sosial?
JAWAPAN (J): Hari ini, pengganas dan ekstremis meluangkan lebih banyak masa di ruang maya berbanding ruang fizikal.
SOALAN (S): Betapa mudahnya orang boleh dipengaruhi dengan ideologi ekstremis menerusi media sosial?
JAWAPAN (J): Hari ini, pengganas dan ekstremis meluangkan lebih banyak masa di ruang maya berbanding ruang fizikal.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memutuskan untuk menangguhkan serangan ketenteraan baru terhadap Iran buat sementara waktu selepas beberapa negara Timur Tengah merayu supaya Washington tidak meningkatkan lagi konflik yang sudah berlarutan lebih lapan bulan.
Keputusan itu dibuat selepas Encik Trump mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, di Rumah Putih pada 9...
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Pete Hegseth, berdepan usaha pemecatan selepas seorang anggota Kongres daripada Parti Republikan sendiri menuduhnya melancarkan perang terhadap Iran secara tidak sah dan menyalahgunakan kuasa.
Usaha itu meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump, hanya beberapa hari selepas Parti Republikan mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November lalu.
Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat angin ahmar, semangat juang dan ketabahan penerbit program televisyen veteran, Encik Mockram Kassim, tidak pernah luntur.
Malah, sifat tersebut menjadi antara lain yang akan terus dikenang oleh insan tersayang tentang beliau, luah anak bongsu Allahyarham, Cik Habibah Mockram, 46 tahun, kepada Berita Harian (BH).
PARIS: Perancis menuduh pasukan elit Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan serangan siber besar-besaran terhadap 700 pasar raya di negara itu, menyebabkan sistem peti sejuk terganggu, makanan rosak dan hampir 20 kebakaran berlaku.
Serangan pada 11 dan 12 Oktober lalu itu membolehkan penggodam mengawal sistem penyejukan dari jauh, meningkatkan suhu peti sejuk dan mematikan amaran keselamatan tanpa disedari pengendali pasar raya.
JEDDAH: Arab Saudi menyediakan lebih 1.3 juta katil bagi menampung jemaah haji musim 2027, selain mengeluarkan kira-kira 400 bangunan daripada senarai penginapan kerana gagal memenuhi piawaian keselamatan dan mutu perkhidmatan.
Langkah itu sebahagian daripada persiapan awal kerajaan Arab Saudi bagi memastikan jutaan jemaah yang mengunjungi Makkah dan Madinah mendapat kemudahan penginapan selamat, selesa dan mencukupi.





