PRESIDEN Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng mengutus surat takziah sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Pembelajaran NTUC (LHUB), Encik Kwek Kok Kwong, yang meninggal dunia pada Sabtu (14 November).
Mendiang Kwek meninggal dunia pada usia 53 tahun setelah difahamkan rebah selepas mengayuh basikal...




