KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mengenakan sekatan pergerakan buat masa ini walaupun terdapat lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu (3 Okt). Menurutnya, peningkatan kes itu disumbang oleh negeri tertentu, bukan seluruh negara. "Pada Jumaat, 287 kes dilaporkan tetapi negeri dengan bilangan besar kes adalah Sabah, Kedah dan Selangor sementara negeri lain mempunyai antara...





