SEKITAR 85,000 kakitangan perkhidmatan awam tidak akan mendapat bonus akhir tahun bagi tahun ini, memandangkan keadaan ekonomi yang terjejas teruk pandemik Covid-19.
Namun, kakitangan perkhidmatan awam bergaji rendah akan menerima bayaran sekali sebanyak $1,200, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam satu kenyataan semalam.





