Presiden Halimah Yacob mengalu-alukan langkah pemerintah membentuk pasukan bertindak untuk memberikan respons nasional terhadap keperluan kesihatan mental warga Singapura, terutama sekali dalam suasana pandemik ini. Katanya, langkah tersebut perlu dan dilaksanakan tepat pada masanya. "Koronavirus menjejas ramai. Ada yang kehilangan pekerjaan dan mengalami potongan gaji.Yang belum terjejas pula sentiasa bimbang akan berlakunya tragedi (dalam hidup mereka). "Ada yang mungkin tidak...




