Pendayung Singapura, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee, menutup tirai kempennya di Sukan Olimpik 2024 dengan meraih tempat keempat daripada enam pesaing dalam final E acara scull tunggal wanita pada 2 Ogos.
Pendayung berusia 36 tahun itu mencatat masa 8 minit 03.29 saat dan menamatkan perlumbaan di Stadium Nautika Vaires-sur-Marne di belakang pendayung Algeria, Nihed Benchadli (7:54.25); pendayung Uganda, Kathleen Noble (7:56.10);...





