PARIS: Penyertaan ratu pecut Singapura, Shanti Pereira, di Sukan Olimpik Paris berakhir pada 5 Ogos, apabila beliau mencatat masa 23.45 saat dalam acara saringan semula atau ‘repechage’ 200 meter wanita di Stade de France dan gagal mara ke separuh akhir.
Menentang enam pesaing lain, beliau menamatkan saingan pada tempat terakhir dalam persaingan yang disertainya. Beliau akhirnya menduduki tempat ke-18 daripada...





