Dek mengenang jasa pelawak veteran Mat Sentol yang sudah banyak menyumbang kepada industri perfileman dan televisyen, artis Singapura baru-baru ini sebulat hati berkumpul bermain bola dengan satu tujuan murni.
Mereka telah mengumpul dana bagi meringankan beban pelakon tersebut yang kini dalam keadaan uzur meniti hari-hari tuanya.





