Impian Malaysia untuk memungut pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi jaguh lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, lebur selepas penyertaannya dibatalkan seawal pusingan pertama keirin lelaki dalam acara sukan di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines itu.
Ramai peminat sukan kecewa sejurus harapan disandarkan kepada atlet berusia 36 tahun itu berakhir hampa, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, amat...





