JAKARTA: Keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 20 Ogos menurunkan ambang penamaan calon dalam pilihan raya wilayah November ini, menghidupkan semula harapan bekas gabenor Jakarta Encik Anies Baswedan bertanding untuk pemilihan semula.
Mahkamah memutuskan hampir sebulat suara, untuk memperkenalkan ambang pencalonan baru yang lebih rendah, yang berdasarkan jumlah undi yang dimenangi oleh parti politik atau pakatan parti politik, dalam pilihan raya perundangan...





