Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan mahkamah Indonesia pulihkan harapan pilihan raya yang kompetitif

Aug 21, 2024 | 12:39 PM
Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan yang membolehkan calon tanpa parti seperti Encik Anies Baswedan ikut bertanding dalam pemilihan gabenor Jakarta pada November ini.
Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan yang membolehkan calon tanpa parti seperti Encik Anies Baswedan ikut bertanding dalam pemilihan gabenor Jakarta pada November ini. - Foto Mahkamah Konstitusi

JAKARTA: Keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 20 Ogos menurunkan ambang penamaan calon dalam pilihan raya wilayah November ini, menghidupkan semula harapan bekas gabenor Jakarta Encik Anies Baswedan bertanding untuk pemilihan semula.

Mahkamah memutuskan hampir sebulat suara, untuk memperkenalkan ambang pencalonan baru yang lebih rendah, yang berdasarkan jumlah undi yang dimenangi oleh parti politik atau pakatan parti politik, dalam pilihan raya perundangan sebelum ini di wilayah berkenaan.

Untuk layak meletakkan calon gabenor atau datuk bandar, mahkamah memutuskan parti atau sekumpulan parti mesti memenangi antara 6.5 dan 10 peratus undi popular di wilayah, bandar atau wilayah yang dipertandingkan, bergantung kepada jumlah pengundi yang berdaftar di situ.

Sebelum ini, parti atau gabungan parti dikehendaki memenangi 25 peratus undi popular pada pilihan raya sebelum ini, untuk meletakkan pasangan calon, tanpa mengira bilangan pengundi yang layak, atau memegang sekurang-kurangnya 20 peratus kerusi di kawasan undi tempatan.

Keputusan pada 20 Ogos itu adalah sebagai tindak balas kepada petisyen yang difailkan oleh dua parti politik kecil, Parti Buruh dan Parti Gelora.

Ambang baru itu “berkuatkuasa serta-merta”, kata Hakim Enny Nurbaningsih, jurucakap panel itu, kepada The Jakarta Post.

Keputusan itu bermakna di Jakarta, mana-mana parti yang memenangi sekurang-kurangnya 7.5 peratus undi dalam pilihan raya perundangan Februari lalu, kini boleh menamakan calon untuk bertanding pada November.

Jawatan gabenor Jakarta dilihat secara meluas sebagai batu loncatan kepada jawatan presiden.

Keputusan itu boleh memberi peluang bersaing kepada calon seperti Encik Anies, yang tidak dapat mendaftar untuk bertanding pada November ini.

Ini adalah kerana Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti NasDem dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), ketiga-tiganya penyokong awal, mengalihkan sokongan mereka kepada bekas gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil.

Sehari sebelum keputusan Mahkamah Perlembagaan itu diumumkan, 10 daripada 11 parti yang mempunyai kerusi di Majlis Bandaraya, menyokong Encik Ridwan dan Encik Suswono daripada PKS dalam usaha menghalang bidaan pemilihan semula Encik Anies, yang bukan ahli mana-mana parti politik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg