Sekitar 70 pelajar dan belia diberi peluang berinteraksi bersama karyawan dalam sektor penerbangan di Rumah Terbuka Penerbangan, anjuran Rangkaian Profesional Penerbangan, Yayasan Mendaki, pada 31 Ogos.
Acara tersebut, yang dihadiri Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, selaku tetamu terhormat, merupakan salah satu daya utama bagi menggalak golongan belia menyertai sektor yang berkembang.





