Sedang pemerintah mengambil langkah terus memastikan warisan dan budaya Melayu kekal hidup di Singapura, sokongan dan penyertaan warga adalah penting untuk memastikan kejayaannya.
Berucap di majlis pelancaran Gerbang Ikonik di Geylang Serai pada 7 September, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata penyertaan aktif oleh segenap lapisan masyarakat itu antara lain akan memastikan daerah Geylang Serai terus bersemangat, dengan meraikan budaya...





