KUALA LUMPUR: Tiga negeri di utara Malaysia iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dilanda banjir dan ribut, dengan jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas setakat 2 petang 19 September meningkat kepada 4,559 mangsa dari 1,354 keluarga.
Kedah paling teruk terjejas menyaksikan seramai 3,835 mangsa dari tujuh daerah dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Pulau Pinang merekodkan seramai 615 mangsa...





