Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia berkata ia akan menambah dua lagi lokasi di Johor untuk pemilik kenderaan dari Singapura mengambil dan memasang tag Permit Masuk Kenderaan (VEP) mereka mulai 22 September.
Dua lokasi baru itu adalah di Kompleks JPJ Johor di Taman Daya, dan Akademi Pengangkutan Jalan (Wilayah Selatan) di Larkin.





