Pemandu McLaren, Lando Norris, menambah tekanan ke atas pesaing terdekatnya, Max Verstappen, dalam perebutan juara dunia lumba kereta Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) dengan memenangi GP Singapura pada 22 September.
Bermula dari petak pertama, Norris menguasai perlumbaan malam 62 pusingan di Litar Jalanan Marina Bay itu dari awal hingga akhir.





