Sebilangan warga Singapura kian resah sedang tarikh pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing yang memasuki Malaysia dari Singapura semakin hampir, lebih tepat pada Selasa, 1 Oktober.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata peraturan itu akan dikuatkuasakan bagi kenderaan asing yang merentasi Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar (BSAB) di Linkedua...





