Perkhidmatan kereta api MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) akan disambung semula sepenuhnya pada 1 Oktober dari permulaan waktu perkhidmatan penumpang, enam hari selepas perkhidmatan antara stesen MRT Jurong East dengan Buona Vista lumpuh kerana kerosakan landasan yang teruk.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali rel SMRT berkata pada petang 30 September bahawa atas sebab keselamatan, had laju sementara 40 kilometer...





