PEMAIN trompet dan vokalis band kumpulan Black Dog Bone, Masron Matali, 70 tahun, meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi tadi di Hospital Besar Changi.
Bapa tiga anak itu meninggal dunia akibat radang paru-paru. Beliau juga dikatakan menghidap barah paru-paru sejak setahun lalu.





