MELAKA: Polis sedang menyiasat amaran yang tersebar di media sosial bahawa kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mungkin melancarkan serangan di kawasan pelancongan di Melaka, lapor akhbar New Straits Times (NST).
Mesej dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu, yang disebar secara meluas di WhatsApp dan Facebook, menyatakan Jonker Street, Stadthuys dan beberapa pusat hiburan antara sasarannya, lapor...




