DUA penduduk terakhir Pulau Sekijang Bendera atau St John's Island telah berpindah ke tanah besar Singapura, selepas lebih separuh daripada pulau itu ditutup kepada orang awam minggu lalu.
Ini menyusuli serpihan yang mengandungi asbestos yang ditemui Penguasa Tanah Singapura (SLA) di sekitar kawasan perkhemahan, lagun dan sebuah banglo percutian di pulau itu.





