WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran ia akan menahan bantuan ketenteraan berbilion dolar kepada Israel kecuali ia menambah baik penghantaran bantuan ke Jaluran Gaza dalam 30 hari.
Amaran itu dikeluarkan pada 15 Oktober selepas Presiden Joe Biden berulang kali merayu kepada Israel supaya melindungi orang awam Palestin dalam perang Gaza yang sudah berlanjutan selama setahun.





