Mulai 18 Oktober, VivoCity memperkenalkan program kesetiaan terbaru, VivoRewards, yang menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih memuaskan dengan ganjaran serta-merta dan pelbagai kelebihan eksklusif.
Melalui aplikasi yang ditingkatkan itu, anggota kini boleh mendapatkan faedah elektronik, VRPoints secara serta-merta selepas setiap pembelian dengan hanya mengimbas kod QR keanggotaan mereka di terminal VivoRewards.





