SEDANG pandemik Covid-19 terus menjejas orang ramai, termasuk masyarakat Melayu/Islam setempat, badan Melayu/Islam seperti Yayasan Mendaki giat berusaha mempertingkat masyarakat khususnya dari segi pendidikan dan pekerjaan, kata Presiden Halimah Yacob.
Bercakap dengan media selepas berkunjung ke pusat satelit Mendaki@Choa Chu Kang semalam, beliau berkata visi ingin memperbaiki mutu kehidupan masyarakat Melayu/Islam di Singapura menerusi pelajaran, pendidikan prasekolah dan pekerjaan itu...





