Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit dalam satu kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).
Encik Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28 tahun, yang baru mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu, dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja apabila digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah beliau terjatuh dari motosikalnya...





