Langkah terkini Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melindungi mangsa penipuan yang kehilangan wang simpanan dalam bank bukan sahaja melegakan pengguna bank, malah diharap memperkukuh keyakinan terhadap sistem pembayaran elektronik dan perbankan digital di sini.
Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) bagi penipuan itu, yang akan dilaksana mulai 16 Disember, juga melindungi pengguna khidmat pembayaran elektronik...






