Aku mencari erti bukan aku tidak mengerti hanya saja ingin pasti apa dipegang adalah sejati
Aku menggali lagi bukan untuk buat perigi hanya saja mahu mengkaji apa digenggam benar berisi
Aku mencari erti bukan aku tidak mengerti hanya saja ingin pasti apa dipegang adalah sejati
Aku menggali lagi bukan untuk buat perigi hanya saja mahu mengkaji apa digenggam benar berisi
Pemberhentian kerja di Singapura meningkat ke paras tertinggi pasca-pandemik pada suku kedua 2026, manakala jumlah pekerjaan kosong terus menurun.
Bilangan pekerja yang diberhentikan mencecah 4,620 pada suku kedua, paras tertinggi sejak suku keempat 2020 semasa pandemik Covid-19. Ini bermakna sekitar dua pekerja diberhentikan bagi setiap 1,000 pekerja.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dilaporkan menangguhkan rancangan melancarkan serangan udara terhadap Houthi di Yaman selepas beberapa kali mengubah pendiriannya, sedang Washington cuba mengelakkan pembukaan medan perang baru ketika konflik dengan Iran masih berlarutan.
Selama kira-kira dua minggu, Encik Trump mempertimbangkan permintaan Arab Saudi supaya tentera Amerika membantu mengekang kemaraan Houthi, yang disokong Iran dan kini menguasai kawasan...
Pada usia hanya 19 tahun dan berbekalkan pengalaman sekitar lapan bulan sahaja dalam format 3x3, Mohamed Faizal Mohamed Zahid tidak kekurangan keyakinan menjelang penampilan sulungnya di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Namun, pemain bola keranjang itu sedar bahawa terdapat satu aspek yang perlu dipertingkatkan jika beliau mahu membantu Singapura bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia: pertahanannya.
NEW YORK: Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah dijangka menjadi antara isu utama apabila hampir 130 pemimpin dunia berkumpul di New York minggu ini bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika konflik Iran-Amerika Syarikat dan pertempuran di Yaman meningkatkan kebimbangan terhadap tercetusnya perang serantau lebih luas.
Perhimpunan tahun ini berlangsung ketika sistem antarabangsa yang dibentuk selepas Perang Dunia...
BANDAR GAZA: Pihak berkuasa Gaza melancarkan pelan kecemasan untuk mengosongkan dan merobohkan 255 bangunan yang rosak akibat perang dan dianggap berisiko runtuh, selepas beberapa kejadian bangunan roboh meragut nyawa penduduk yang berlindung di dalamnya.
Pejabat Media Pemerintah Gaza berkata pada 20 September bahawa pelan itu diketuai Kementerian Kerja Raya dan Perumahan dengan kerjasama beberapa kementerian dan agensi pemerintah, selain badan...





