Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam.
Keputusan itu dibuat MKI selepas yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta yang dikemukakan penyelidik mengenai kegiatan kumpulan serpihan Al-Arqam itu, menerusi mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang...





